You are on page 1of 2

JURNAL PRAKTIKUM

Nama Pelajar : NUR ALYA SYAMILAH BINTI ZAHARI


No Kad Pengenalan : 961225035486
Program : PISMP
Pengkhususan / Opsyen : PISMP AMBILAN JUN 2016 / SEJARAH
Sekolah : SEKOLAH KEBANGSAAN AYER MOLEK
Minggu Praktikum :2
Tarikh : 19-06-2019
Tajuk : MURID TIDAK MAHU MENGIKUTI AKTIVITI PDPC
Kategori : Pengajaran dan Pembelajaran
Pensyarah Penyelia : DR UMMADEVI A/P SUPPIAH
Guru Pembimbing : PN ROSSILAH BINTI MD ZAHARI

1. Isu Yang Difokuskan :

Saya mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani bagi murid-murid tahun 5 kelas 5 Intelek dan juga 5 Bijak sebagai subjek elektif teras. Masalah yang
saya hadapi ialah murid lelaki cenderung untuk bermain bola sepak dan tidak mahu mengikuti aktiviti dalam PdPc sebagaimana yang telah dirancang oleh
guru. Saya tidak boleh membenarkan mereka bermain bola sepak semata-mata kerana ada sukatan pelajaran yang perlu saya ikuti.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Sikap yang ditunjukkan oleh murid itu menyebabkan saya perlu memikirkan tindakan yang perlu dilakukan untuk murid itu. Antara persoalan yang timbul
di dalam pemikiran saya ialah :
1. Adakah murid tidak minat terhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang saya ajar?
2. Mengapa murid ini bersikap sedemikian?
3. Apakah yang perlu saya lakukan untuk membantu murid ini?
4. Apakah faktor yang menyebabkan murid bertindak sedemikian?
5. Bagaimanakah penglibatan murid ini di dalam kelas sebelum ini?

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Mengikut prinsip-prinsip pengajaran, guru perlu merancang pengajaran mereka terlebih dahulu sebelum memulakan pengajaran (Zaidatol Akmaliah &
Habibah, 2000). Namun, apabila guru tidak menguasai kandungan dalam kurikulum Pendidikan Jasmani, maka guru tidak dapat menyediakan satu
rancangan pengajaran yang baik dan menyeronokkan bagi semua golongan pelajar.

Oleh itu, guru perlu mendapatkan bimbingan dan pandangan orang yang lebih mahir dan berpengalaman contohnya guru pembimbing dan pensyarah
pembimbing bagi mendapatkan penjelasan yang sewajarnya berkenaan kandungan pelajaran, rancangan strategi p&p dan hasil pembelajaran.
Perancangan yang baik adalah kunci kepada pengajaran yang baik.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Guru boleh memasukkan elemen muzik dan permainan bagi menarik minat murid untuk terus terlibat dalam aktiviti yang dirancang. Waktu yang padat
dan penuh dengan aktiviti menyeronokkan akan membuatkan murid seronok untuk menjalani aktiviti yang dirancang.

Kaedah demonstrasi merupakan cara yang paling sesuai digunakan dalam p&p Pendidikan Jasmani. Ini kerana sebahagian besar objektif pembelajaran PJ
boleh dicapai melalui aktiviti fizikal. Oleh yang deminkian, guru PJ perlu membuat demonstrasi dengan cara yang betul dan selamat tentang sesuatu
pergerakan fizikal agar pelajar dapat mengikuti dan memahami setiap kemahiran fizikal yang diajarkan.

Bagi memastikan murid boleh menguasai sesuatu kemahiran yang diajar, guru perlu membuat demonstrasi dengan ansur maju. Murid juga wajar
diberikan peluang untuk melakukan lakuan kemahiran berulang kali bagi menguasai kemahiran tersebut. Dalam masa yang sama, guru boleh membuat
penilaian penguasaan murid tentang kemahiran tersebut berdasarkan objektif pembelajaran yang telah ditentukan.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

1 MINGGU

6. Tindakan Susulan :

Dalam memilih sub-tajuk tertentu yang guru belum mahir dan tidak yakin untuk mengajarnya, guru wajar meminta pandangan dan bimbingan orang lain
agar p&p berkesan dapat dijalankan. Rujukan juga harus dibuat kepada orang yang mahir dalam mata pelajaran PJ seperti pensyarah dan guru
pembimbing. Pemilihan tajuk dan aktiviti yang sesuai sangat memberikan peranan dalam menarik minat murid untuk mengikuti semua perancangan guru.

Selain itu, aktiviti yang dirancang oleh guru mestilah menarik dan berpusatkan murid. Guru perlu manfaatkan murid untuk membuat demonstrasi dan
sebagainya sewaktu kelas PJ. Guru tidak boleh mempelopori kelas dengan menggunakan pendekatan memberi penerangan sahaja tetapi banyakkan
aktiviti yang membolehkan murid meneroka alatan.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

26-06-2019

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Langkah yang dicadangkan ternyata berkesan dan memberi kemudahan kepada guru untuk mengawal murid sewaktu kelas Pendidikan Jasmani. Aktiviti
yang dirancang telah diperbanyakkan untuk membolehkan murid menguasai kemahiran dengan baik.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Guru PJ perlu terlebih dahulu mengenal pasti aspek tertentu yang akan digunakan dalam membuat persediaan untuk melaksanakan pengajaran PJ.
Dengan demikian, guru PJ dapat membuat satu rancangan kerja dengan teliti dan sempurna. Dengan adanya perancangan kerja ini, guru boleh
melaksanakan program p&p berdasarkan standard kurikulum secara sistematik serta mengikut pemeringkatan yang sesuai. Objektif yang hendak dicapai
pula perlu ada kaitan dengan potensi yang ada pada pelajar. Dengan demikian, ia akan dapat membantu guru PJ melaksanakan pengajaran dengan lebih
sistematik.

Rujukan :

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, & Habibah Elias. (2000). Pengajaran dan pembelajaran Perdagangan,
Keusahawanan dan Ekonomi Asas. Serdang: UPM.

You might also like