You are on page 1of 3

REFLEKSI VIDEO EDUP 3053

Siswa pendidik Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Jun 2016
dikehendaki mengkritik serta membuat ulasan megenai video pendidikan yang telah
dihasilkan oleh kami sendiri. Sebelum ulasan serta kritikan dibuat, kami telah menghasilkan
sebuah video ringkas berdasarkan pendidikan dan berpandukan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran(DSKP) bagi salah satu subjek sama ada subjek major iaitu
Pendidikan Seni Visual atau subjek minor iaitu Reka Bentuk dan Teknologi.

Dalam penghasilan video pendidikan ini, pelbagai aspek yang perlu dititik beratkan.
Antara aspek yang perlu dititikberatkan ialah audio, visual, keterangan, ketepatan serta
informasi yang bersesuaian. Hal ini kerana video pendidikan yang dihasilkan perlulah
menepati piawaian pengajaran agar mampu difahami oleh murid terutamanya membantu

m
murid dalam pembelajaran serta pengajaran. Video yang menepati piawaian tersebut

er as
mampu memudahkan murid untuk cepat faham akan sesuatu isi pelajaran kerana

co
eH w
penggunaan teks, gambar serta dengan audio dalam sesebuah video yang dihasilkan.

o.
rs e
Hampir kesemua rakan saya yang menghasilkan video tersebut dengan jayanya atas
ou urc
usaha mereka sendiri. Video yang dihasilkan kesemuanya dihasilkan berdasarkan DSKP
yang ada sebagai tajuk utama. Selain itu, sasaran tahap bagi video yang dihasilkan jelas
o

iaitu untuk tahap 1 dan juga tahap 2. Audio yang baik adalah audio yang jelas kedengaran
aC s

tanpa ada gangguan audi yang lain serta nyaring didengar, visual yang berkualiti pula ialah
v i y re

visual yang cantik dan posisi angle bagi visual tersebut bersesuaian serta penggunaan
warna di dalam visual yang menggunakan warna warni mampu menarik minat murid. Selain
itu, video yang berkualiti juga memerlukan pencahayaan yang canti serta terang agar video
ed d

yang dihasilkan jelas kelihatan dan teks yang digunakan menggunakan fon yang
ar stu

bersesuaian dan senang dibaca oleh murid. Durasi bagi sesebuah video pendidikan untuk
murid-murid sekolah rendah perllah tidak panjang iaitu kurang daripada 5 minit.
sh is

Kelebihan video yang dihasilkan oleh rakan seperjuangan saya adalah subjek utama
Th

dalam video jelas kelihatan iaitu berdasarkan tajuk DSKP yang betul. Selain itu, penggunaan
fon yang sesuai dalam video mereka menjadikan video mereka mampu dibaca oleh murid
segala deskripsinya. Di samping itu, langkah-langkah penghasilan karya di dalam video
sangat ringkas serta mudah difahami oleh murid tanpa perlu diterangkan oleh guru. Bahan-
bahan yang digunakan bagi penghasilan karya juga amat mesra alam. Contohnya,
penggunaan botol terpakai serta kotak terpakai juga mampu mengajar murid-murid untuk
mengitar semula barangan. Tambahan lagi, alatan dan juga bahan yang digunakan di dalam
video yang dihasilkan adalah senang diperoleh dan didapati. Oleh itu, tiada kekangan bagi
guru untuk mengajar serta menggunakan video tersebut sebagai bahan bantu mengajar

This study source was downloaded by 100000817355485 from CourseHero.com on 10-11-2021 09:34:01 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/38149210/Refleksi-serta-ulasan-video-EDUPdocx/
(BBM) mereka. Dari segi penerapan unsur seni serta prinsip rekaan juga ada dalam video
tersebut bagi menambahkan pengetahuan murid-murid yang menonton video pendidikan
tersebut.

Kelebihan yang dapat saya lihat melalui video yang dihasilkan adalah persilangan
setiap langkah diikuti dengan subtopik atau arahan untuk langkah seterusnya memberi
masa bagi murid-murid untuk menyiapkan diri mengikuti langkah seterusnya berdasarkan
arahan terlebih dahulu yang dipaparkan. Penggunaan visual juga bersesuaian dengan tajuk
utama setiap video yang dihasilkan. Contohnya, penghasilan kotak pensil menggunakan
botol atau gelas terpakai.

Kelemahan bagi video yang dihasilkan oleh rakan saya ialah tiada suara yang
berkata-kata digunakan dan hanya menggunakan teks bagi menjelaskan tentang sesuatu

m
langkah atau penerangan berkitan tajuk yang dipilih. Hal tersebut menyukarkan bagi murid-

er as
murid yang buta huruf untuk memahami isi video tersebut. Oleh itu, video tersebut tidak

co
eH w
sesuai untuk di tunjukkan kepada murid yang kelas bawah serta yang kurang pantas dalam

o.
membaca. Murid akan lebih faham jika penggunaan beberapa deria bergabung. Contohnya,
rs e
teks yang dilihat pada video dapat diperkukuhkan lagi dengan suara yang ada dalam video
ou urc
tersebut. Hal ini akan mempercepatkan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
o

Selain itu, kelemahan bagi video yang dihasilkan adalah hampir kesemua video yang
aC s

dihasilkan mengalami masalah kurang pencahayaan. Hal ini menyebabkan video yang
v i y re

dihasilkan agak gelap dn menjadikan visual video tersebut agak kurang jelas dan
menyukarkan murid untuk melihat serta mendalami video tersebut. Pencahayaan yang baik
mempengaruhi minat murid tersebut untuk meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran.
ed d

Pencahayaan yang kurang akan menyebabkan warna warni visual kurang terancar dan tidak
ar stu

menarik perhatian murid-murid dan akan menganggu fokus murid-murid untuk melihat atau
menonton video pendidikan yang dihasilkan.
sh is

Di samping itu, terdapat beberapa video yang dihasilkan berdurasi lebih daripada 5
Th

minit. Hal tersebut menyebabkan video tersebut kurang sesuai untuk digunakan di dalam
bilik darjah semasa proses penajaran dan pembelajaran kerana memakan masa yang lama
sedangkan di sekolah rendah 1 masa hanya 30 minit dan tidak sempat untuk mencapai
objektif pembelajaran pada hari tersebut. Video pendidikan yang sesuai iaitu mempunyai
durasi yang kurang daripada 5 minit. Salah satu sebab durasi bagi video tersebut perlu
kurang daripada 5 minit bagi mengelakkan kebosanan dalam kalangan murid. Mak video
yang dihasilkan tidak boleh lama.

This study source was downloaded by 100000817355485 from CourseHero.com on 10-11-2021 09:34:01 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/38149210/Refleksi-serta-ulasan-video-EDUPdocx/
Kesimpulannya, video yang berkualiti, baik serta bagus untu dipertontonkan kepada
murid adalah video yang mengandungi visual yang menarik, audio yang jelas, muzik latar
yang sesuai, teks yang jelas serta berdurasi kurang daripada 5 minit.

(783 Patah Perkataan)

m
er as
co
eH w
o.
rs e
ou urc
o
aC s
v i y re
ed d
ar stu
sh is
Th

This study source was downloaded by 100000817355485 from CourseHero.com on 10-11-2021 09:34:01 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/38149210/Refleksi-serta-ulasan-video-EDUPdocx/
Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)

You might also like