You are on page 1of 7

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN

MENGARANG SAJAK
BAHASA MELAYU
TAHUN 2021

(EDISI DALAM TALIAN)

Anjuran
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Kelolaan
Pejabat Pendidikan Daerah
Sarawak

1
PERTANDINGAN MENGARANG SAJAK

1.0 PENDAHULUAN
Sajak dikenali sebagai puisi Melayu moden yang merupakan karangan
berangkap berbentuk bebas. Karya sastera ini menggunakan suasana bahasa
yang indah dalam mengungkapkan perasaan dan melafazkan fikiran berkaitan
aspek kehidupan. Pertandingan ini memberi ruang dan peluang kepada murid-
murid sekolah untuk berkongsi pendapat, cerita, perasaan dan pengalaman
mereka secara kreatif melalui karangan sajak mengikut tema yang telah
ditetapkan.

2.0 OBJEKTIF PERTANDINGAN


2.1 Meningkatkan penguasaan kemahiran menulis murid dalam bahasa
Melayu.
2.2 Menyediakan wadah kepada murid untuk menonjolkan bakat menulis
dengan menggunakan bahasa yang tepat, teratur, gramatis secara
berseni dan kreatif.
2.3 Menyemai minat murid terhadap bidang penulisan sajak bahasa Melayu.

3.0 KATEGORI PERTANDINGAN


Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah rendah dan menengah di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pertandingan ini terbahagi kepada
empat (4) kategori;

Sekolah Rendah : Murid Tahun 4 - 6


Sekolah Menengah Rendah : Murid Tingkatan 1 - 3
Sekolah Menengah Atas : Murid Tingkatan 4 - 5
Kolej/Kelas Tingkatan 6 : Murid Tingkatan 6

2
4.0 TEMA
Semua tema bagi setiap kategori akan diberikan oleh pihak penganjur.

Sekolah Rendah : Jejak-Jejak Kejayaan


Sekolah Menengah Rendah : Negara Cantik Budaya Menarik
Sekolah Menengah Atas : Sumpah Generasi Merdeka
Kolej/Kelas Tingkatan 6 : Remaja Pewaris Pemimpin Negara

5.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN


5.1 Penyertaan terbuka kepada murid-murid sekolah rendah dan sekolah
menengah warganegara Malaysias samaada di Sekolah Rendah/
Menengah Kebangsaan,Sekolah Rendah/Menengah Bantuan Kerajaan,
Sekolah Rendah/Menengah Agama Negeri dan Sekolah Agama
Bantuan Kerajaan.
5.2 Setiap murid hanya dibenarkan menghantar satu (1) sajak sahaja.
5.3 Setiap sajak mestilah disertakan dengan borang penyertaan yang
lengkap dan ditandatangani oleh peserta. Pihak penganjur berhak
menolak borang penyertaan yang tidak lengkap.
5.4 Sajak mestilah karya murid sendiri, belum pernah disiarkan oleh mana-
mana penerbitan dan tidak diplagiat daripada sumber-sumber lain. Karya
plagiat atau terjemahan akan dibatalkan penyertaan dengan serta merta.

5.5 Karya tidak boleh mengandungi unsur-unsur negatif serta menyentuh


sensitiviti bangsa, agama dan kaum mana-mana pihak.
5.6 Format penulisan sajak:
5.6.1 Sajak mestilah dilengkapi dengan tajuk sahaja. Sebarang
penyataan maklumat peribadi perlu dilengkapkan dalam borang
penyertaan.
5.6.2 Sajak mestilah ditaip menggunakan fonts Times New Roman,
bersaiz dua belas (12) dan dalam jarak langkau 1.5 sahaja.
5.6.3 Sajak yang telah ditaip hendaklah dihantar dalam bentuk PDF
untuk dimuat naik ke Google Form pendaftaran.

3
5.6.4 Pihak sekolah akan menghantar karya murid melalui pautan yang
akan dimaklumkan oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah/ Jabatan
Pendidikan Negeri bagi penjurian peringkat negeri.
5.6.5 Had baris sajak adalah mengikut kategori pertandingan:
i. Sekolah rendah : 12 hingga 16 baris
ii. Sekolah menengah rendah : 12 hingga 20 baris
iii. Sekolah menengah atas : 16 hingga 24 baris
iv. Tingkatan enam : 16 hingga 24 baris
5.7 Penyuntingan sajak adalah tidak dibenarkan di semua peringkat
pertandingan setelah dihantar. Karangan yang sama yang telah ditulis di
peringkat sekolah akan dihantar tanpa suntingan ke peringkat daerah dan
negeri dan seterusnya ke peringkat kebangsaan.
5.8 Setiap PPD diminta menghantar tiga (3) sajak terbaik dalam setiap
kategori yang dipertandingkan ke peringkat negeri.
5.9 Setiap sajak yang dihantar tidak akan dikembalikan kepada penulis dan
pihak penganjur berhak untuk mencetak dan menerbitkan sajak-sajak
yang memenangi pertandingan ini. Walau bagaimanapun, hak cipta kekal
menjadi milik penulis.
5.10 Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan
berkaitan dengan plagiarisme terhadap peserta oleh mana-mana pihak
yang berkaitan.

6.0 KEPUTUSAN PERTANDINGAN


6.1 Sajak akan disemak oleh panel hakim yang dilantik oleh pihak PPD/ JPN
mengikut peringkat pertandingan.
Markah akan diperuntukkan mengikut rubrik pemarkahan yang telah
ditetapkan:
i. Isi kandungan : 50 markah
ii. Bahasa : 50 markah

6.2 Pemenang akan ditentukan berdasarkan undi majoriti yang dibuat oleh
panel hakim secara kolektif.

4
6.3 Markah individu adalah sulit dan tidak akan didedahkan.
6.4 Panel hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.
6.5 Sekiranya urus setia mendapati peserta melanggar syarat 5.3 selepas
keputusan diumumkan, urus setia berhak menarik kembali hadiah
pertandingan.

7.0 HAK MILIK VIDEO

Pihak JPN/KPM berhak menyiarkan rakaman video atau karya pertandingan


di mana-mana platform bagi tujuan hebahan atau pendidikan.

8.0 TARIKH DAN TEMPAT

TARIKH : (Tarikh Pendaftaran ditetapkan oleh PPD Pengelola)

TEMPAT : Secara dalam talian

Kategori Sekolah Rendah : PPD Julau


PPD Kategori Sekolah Menengah Rendah : PPD Kanowit
:
PENGELOLA Kategori Sekolah Menengah Atas : PPD Kanowit
Kategori Kolej/ KelasTingkatan 6 : PPD Meradong

9.0 HADIAH/ SIJIL

BIL. PERKARA CATATAN


1. Johan Hadiah dan Sijil Pencapaian
2. Naib Johan Hadiah dan Sijil Pencapaian
3. Tempat ke-3 Hadiah dan Sijil Pencapaian
4. Tempat ke-4 Hadiah dan Sijil Pencapaian
5. Tempat ke-5 Hadiah dan Sijil Pencapaian
6. Tempat ke-6 hingga ke-10 Hadiah dan Sijil Pencapaian
7. Tempat ke-11 dan seterusnya Sijil Penyertaan

5
10.0 AM

10.1 Konsep pertandingan peringkat negeri ini adalah selaras dengan konsep
pertandingan peringkat kebangsaan tahun 2021.
10.2 Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Jabatan Pendidikan Negeri
Sarawak.
10.3 Maklumat pertandingan turut dihebahkan melalui Facebook page Jabatan
Pendidikan Negeri Sarawak dan Facebook page Unit Koku JPN Sarawak

Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum)


Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

6
BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN MENGARANG SAJAK BAHASA MELAYU 2021

A. MAKLUMAT PESERTA
Nama Peserta : Sila lampirkan gambar ukuran saiz kad pengenalan

No. MyKad/ Kad Pengenalan : Sila lampirkan salinan MyKad/ Kad pengenalan

Tarikh Lahir : Umur:


Jantina : Bangsa:
No. Telefon Bimbit :
E-mel :

Alamat Surat-menyurat :

Nama dan Alamat Sekolah :

Tahun/ Tingkatan :
Tajuk Sajak :
Link URL :

B. MAKLUMAT GURU PEMBIMBING

Nama Guru Pembimbing :


No. Telefon Bimbit :
E-mel :

C. PENGESAHAN GURU BESAR/ PENGETUA

Dengan ini disahkan bahawa murid di atas adalah murid sekolah kami:

Tandatangan
:
Guru Besar/ Pengetua

Cap Sekolah :
No. Tel. :

You might also like