You are on page 1of 15

Intervensi Dalam

Menangani Tingkah
Laku Bermasalah
Terapi Muzik
Disediakan oleh: Wong Leh Ching

Apa itu terapi muzik??


Muzik dilihat sebagai terapi yang dapat
membaiki, memelihara kesihatan mental,
emosi, sosial dan hubungan interpersonal untuk
meningkatkan kesedaran diri.
Terapi ini menggunakan muzik secara kawalan
bagi tujuan rawatan, rehabilitasi, pendidikan dan
latihan kanak-kanak dan orang dewasa yang
mengalami kecelaruan mental dan emosi.

American Music Therapy Association (2009):


Terapi muzik sebagai penggunaan intervensi
muzik berasaskan klinikal dan bukti untuk
mencapai matlamat individu dalam perhubungan
antara terapeutik oleh professional yang
mempunyai kredential yang telah menamatkan
program terapi muzik yang diiktirak.

Membantu meningkatkan dan mengekalkan tahap


kefungsian seseorang dalam sesebuah organisasi
bidang.
Muzik dapat menenangkan dan merehatkan minda
kanak-kanak, mengurangkan kesakitan dan keadaan
yang tertekan.
Aktiviti yang sesuai dilakukan dalam proses terapi muzik:
Aktiviti menyanyi
Bermain alat muzik
Gerakan berirama

Tujuan Terapi
Muzik

Meningkatkan konsentrasi kanak-kanak


Membuka minda dan perasaan kanak-kanak
Melatih persepsi kanak-kanak
Meningkatkan keyakinan kanak-kanak
Mengurangkan kekakuan kepada otot
Membentuk hubungan interpersonal
Menghilangkan stres dan membangkitkan suasana
santai

Strategi Umum Terapi


Muzik

Struktur
Hubungan Terapeutik
Interaksi Muzik
Kawalan Emosi
Integrasi Sensori

Struktur
Jadual waktu terancang yang sesuai dengan aktiviti yang
menarik minat dan perhatian kanak-kanak boleh
menggalakkan kehadiran kanak-kanak pada setiap sesi
terapi
Hubungan Terapeutik
Hubungan baik antara kaunselor/ ahli terapi dengan
kanak-kanak. Kaunselor hendaklah memahami kehendak
serta masalah yang dihadapi.
Interaksi Muzik
Kaunselor atau ahli terapi harus menguasai kemahiran
pengekalan interaksi muzik supaya kanak-kanak berminat
mengambil bahagian hingga sesi rawatan tamat.

Kawalan Emosi
Ahli terapi menggunakan kaedah ataupun memilih
cara dan muzik yang sesuai untuk menggalakkan
kanak-kanak meluahkan perasaan dan emosi secara
baik.
Integrasi Sensori
Ahli terapi harus mempunyai pendekatan yang
berbeza mengikut keadaan klien untuk mengelakkan
kehilangan fokus dan kegagalan dalam berkomunikasi.

Cara menggunakan
Terapi Muzik
Sediakan bilik yang sesuai untuk membolehkan
kanak-kanak berasa selesa untuk memegang/
bermain alat muzik
Beri dorongan kepada kanak-kanak untuk
meneroka alat muzik tersebut
Komunikasi antara ahli terapi dan kanak-kanak
dapat berlaku melalui bunyi-bunyian yang
dihasilkan

Guru/ ahli terapi memainkan muzik yang berlainan


rentak-muzik untuk menggambarkan perasaan
gembira, sedih, marah dan sebagainya
Kombinasikan muzik dengan pergerakan
Gabungkan muzik dengan aktiviti melukis dan
mewarna untuk membentuk kreativiti kanak-kanak

Guru boleh mereka dan mencipta muzik sendiri


menggunakan peralatan yang sesuai
Setiap kanak-kanak mempunyai minat yang berbeza
terhadap rentak atau peralatan muzik. Guru perlu
mengenalpasti minat dan keperluan kanak-kanak
terhadap muzik agar mereka dapat memperoleh sesuatu
daripada aktiviti tersebut
Ibu bapa harus diberikan cadangan atas tindakan dan
sumber maklumat yang berkaitan supaya dapat
membantu perkembangan jasmani, emosi, rohani dan
intelek kanak-kanak

Proses Perancangan dan


Pelaksanaan Terapi Muzik
Perjumpaan
dengan ibu bapa
(mendapatkan
persetujuan
menjalankan sesi
rawatan)

Mengatur
pertemuan dengan
kanak-kanak

Membiasakan
kanak-kanak
dengan
persekitaran
rawatan

Rekod semasa
rawatan (Segala
tingkah laku,
maklum balas,
pergerakan dan
luahan kanakkanak dicatat)

Memilih teknik/
program muzik
yang sesuai

Merancang masa
yang sesuai untuk
melakukan terapi

Sesi refleksi
rawatan
(mengenalpasti
masalah yang
dihadapi semasa
rawatan dan
membuat
pengubahsuaian)

Memastikan sesi
diakhiri dengan
pendekatan dan
teknik yang sesuai

Aktiviti Terapi Muzik

Membuat pergerakan mengikut lagu


Menulis lirik lagu ( meluahkan perasaan )
Bermain berlatar belakangkan muzik
Mengenal dan membuat latihan guna/ bunyikan
alat muzik
Latihan praktikal guna alat bunyian

Kesimpulannya
Terapi muzik yang berkesan membolehkan
seseorang yang mempunyai masalah atau
tekanan berjaya keluar daripada kongkongan
yang datang daripada dirinya sendiri, orang
lain atau persekitaran.
Terapi muzik memainkan peranan yang
penting dalam membantu seseorang kanakkanak meredakan keadaan yang dialami
mereka.
Kaunselor perlu mengkaji kesesuaian muzik
dan instrumen yang digunakan dalam proses
pemulihan

Sekian,
Terima Kasih ^^

You might also like