You are on page 1of 3

1.

0 ANALISIS SKOR UJIAN

1.1 Pengiraan Min, Mod dan Median

Min, mod dan median merupakan tiga ukuran kecenderungan memusat. Kebiasaannya, min
sahaja yang digunakan untuk memproses skor murid manakala mod dan median jarang
digunakan. Min ialah jumlah semua skor yang dibahagikan dengan bilangan skor. Mod merujuk
kepada skor yang paling kerap daripada satu set skor. Median pula merujuk skor di tengah, iaitu
apabila bilangan skor adalah ganjil atau purata kedua-dua skor di tengah apabila bilangan skor
adalah genap.

1.1.1 Min
x
= n
20+ 30+30+40+ 50+50+50+60+70+ 80
= 10
480
= 10
= 48

1.1.2 Mod
Skor markah 50 dengan kekerapan 3.

1.1.3 Median
20, 30, 30, 40, 50, 50, 50, 60, 70, 80
( 50+50 )
= 2
100
= 2
= 50
1.2 Analisis Skor berserta Tafsiran dan Laporan Prestasi Murid

1.2.1 Jadual Analisis Skor

Skor Markah Kekerapan

20 1

30 2

40 1

50 3

60 1

70 1

80 1
Jadual 3.2: Jadual Analisis Skor

1.2.2 Histogram

Skor Markah Murid 5 Bijak


3

Kekerapan

0
20 30 40 50 60 70 80

Skor Markah

Rajah 3.2: Histogram Skor Markah Murid 5 Bijak


1.2.3 Analisis Skor berserta Tafsiran dan Laporan Prestasi Murid
Satu ujian formatif bagi mata pelajaran Matematik kelas 5 Bijak di Sekolah Rendah Abu Bakar
telah diadakan. Seramai 10 orang murid telah menduduki ujian tersebut. 40 merupakan markah
lulus yang telah ditetapkan.

Berdasarkan jadual dan histogram yang telah dibina, sebahagian besar daripada murid
kelas 5 Bijak lulus ujian iaitu seramai tujuh orang telah mendapat markah 40 ke atas manakala
tiga orang lagi mendapat markah bawah 40. Peratusan murid yang lulus ujian ialah 70%
manakala 30% merupakan peratusan murid yang gagal ujian mata pelajaran Matematik
tersebut. Kesimpulannya, sebahagian besar daripada murid kelas 5 Bijak telah menguasai
kemahiran dalam mata pelajaran Matematik.

You might also like