You are on page 1of 34

Tajuk 5

Metafizik

Mohammad Mahyuddin Khalid


2

Metafizik

Definisi Metafizik Hasil Pembelajaran


Kandungan
Bidang Perbincangan Metafizik
• Menjelaskan kepercayaan dan hubungan
Hubungan Insan Dengan Alam antara Insan dengan Tuhan berdasarkan
Teori Hubungan Insan dan dalam konteks teologi/ kepercayaan/
Alam akidah kerohanian.
Teori Hubungan Insan dan • Menghuraikan pembentukan dan
perkembangan sistem-sistem metafizik.
Tuhan
• Menganalisis pembentukan Metafizik
Sistem-Sistem Metafizik yang lebih meluas kegunaannya dalam
Perkembangan Ilmu Metafizik perkembangan sains, teknologi dan
inovasi Nasional
Persoalan Metafizik

Mohammad Mahyuddin Khalid


3

Metafizik dari Sudut Etimologi

• Istilah metafizik berasal dari bahasa Yunani


> meta bermaksud selepas
> physika bermaksud yang mengenai alam
• Metaphysic bermaksud “melangkaui alam fizik”
• Metafizik menjelaskan sesuatu yang di sebalik fizikal, merujuk kepada
perkataan metafizik itu sendiri, ia mengandungi dua suka kata yang
utama; meta yang bermaksud di sebalik dan fizik yang membawa
maksud zahir.
• Oleh itu metafizik ditafsirkan sebagai satu ilmu yang membicarakan
mengenai perkara-perkara yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.

Mohammad Mahyuddin Khalid


4

Metafizik dari Sudut Terminologi

• Metafizik merupakan salah satu cabang utama falsafah yang dikenali


sebagai falsafah pertama merujuk kepada karya purba Aristotle
“metaphysics”.
• Aristotle mendefinisikannya sebagai:
> “the study of the first principles and causes of the things”
• Plato dan Aristotle berpendapat yang menyatakan bahawa sesuatu yang
di sebalik fizikal itu adalah alam pemikiran manusia itu sendiri.
> Ini kerana alam pemikiran itu tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia dan
hanya boleh dirasai kehadirannya.

Mohammad Mahyuddin Khalid


5

Metafizik dan Falsafah

• Metafizik merupakan kajian pada peringkat yang paling abstrak, atau


paling umum mengenai sesuatu perkara/fenomena/alam.
• Ia membincangkan mengenai hakikat realiti, kewujudan dan dunia yang
sebenarnya yang di luar alam biasa atau yang tidak kelihatan.
• Metafizik adalah suatu bidang ilmu yang jauh menjangkau alam fizikal
atau kebendaan.
• Metafizik bersifat spekulatif dan memberi fokus kepada perkaitan sebab
dan akibat.
• Ahli metafizik mencari kefahaman mengenai zat atau kewujudan sebagai
sesuatu yang wujud.

Mohammad Mahyuddin Khalid


6

Metafizik dan Keagamaan

• Fenomena di luar alam nyata.


• Benda ghaib tidak boleh dibuktikan dengan deria yang bukan rasional
dan empirikal.
• Ahli metafizik cuba memahami jenis-jenis zat yang bukan benda, iaitu
dalam kefahaman hakikat bukan benda seperti tuhan, malaikat, roh serta
pengalaman kerohanian yang sukar untuk dijawab secara kualitatif atau
kuantitatif.
• Contoh: hidup selepas mati, syurga, neraka.

Mohammad Mahyuddin Khalid


7

Bidang Perbincangan Metafizik

Ontologi Causality Kosmogoni Kosmologi


• Teori tentang hakikat • Sebab-akibat • Asal-usul alam • Fenomena alam
semesta) semesta

Necessity and Mind and matter Free-will and


Subjek, predikat contingency • Minda dan jirim determinisme
dan taksonomi • Kewajipan dan • Kehendak bebas dan
kemungkinan ketentuan

Mohammad Mahyuddin Khalid


8

Ontologi

Turut dikenali sebagai metafizik umum.


Konsep Satu disiplin ilmu yang membicarakan tentang hakikat tuhan (teologi/usuluddin),
hakikat alam semesta (kosmologi) dan hakikat manusia (psikologi).

Skop Segala sesuatu yang berada di alam fizik yang boleh diamati atau ditangkap oleh
perbahasan pancaindera dan realiti yang menjurus kepada suatu kebenaran.

Mohammad Mahyuddin Khalid


9

Causality

Turut dikenali sebagai teori hubungan sebab-akibat


Merupakan keadaan di mana satu peristiwa, proses atau keadaan menjadi penyebab
Konsep kepada berlakunya peristiwa, proses atau keadaan lain.
Kewujudan causality yang tetap membolehkan sesuatu ramalan dapat dilakukan.

Fakta ialah segala sesuatu yang nyata, terbukti dan telah menjadi suatu kenyataan.
Hipotesis ialah pernyataan dalam bentuk jawapan sementara yang perlu dibuktikan
kebenarannya.
Melibatkan
beberapa unsur Teori ialah himpunan pengetahuan yang meliputi pelbagai fakta dan hukum yang sudah
diketahui dan diuji berdasarkan kenyataan empirikal
Hukum pula bersifat tetap dan tidak berubah-ubah seperti hukum sains graviti atau
hukum-hukum agama perintah Tuhan.

Mohammad Mahyuddin Khalid


Ekologi
• Istilah “ekologi” berasal daripada bahasa Yunani oikos
dan logos:
> Oikos bererti rumahtangga dan ahlinya
> Logos bererti ilmu,
• Ekologi boleh diertikan sebagai “pengurusan
rumahtangga” (household management)
• Kini merujuk kepada cabang pengkhususan sains
hayat yang mengkaji hubungan saling tindak hidupan
dengan alam sekitarnya atau ilmu alam sekitar.
• Secara umumnya alam sekitar, termasuk bumi
adalah “rumahtangga besar” yang kita kongsi
bersama dengan makhluk-makhluk lain, sama ada
yang bernyawa mahupun tak nyawa, sebagai satu
“keluarga besar.”
10
Kosmogoni
• Kosmologi berasal daripada bahasa Yunani iaitu
cosmologia
> Kosmos bermaksud atur
> Logos bermaksud kata, hikmah, rencana, ilmu.
• Cosmos merujuk kepada keteraturan alam semesta
berlawanan dengan chaos yang bermaksud
kekosongan atau kehuru-haraan, kerana huru-hara
membawa kepada kepunahan lalu kepada
kekosongan/kegersangan apabila semua sudah
hancur binasa.
• Kosmogoni merupakan suatu cabang astrofizik yang
mempelajari asal dan struktur alam semesta secara
luas (berlawanan dengan penelitian asal benda langit
secara khusus).
• Dengan demikian, kosmogoni merupakan ilmu
bagaimana alam semesta terbentuk
> Oleh itu, cerita penciptaan dalam al-Quran
merupakan suatu kosmogoni. 11
Kosmologi
• Menurut Kamus Dewan, kosmologi adalah
> salah satu bidang falsafah yang mengkaji asal
usul, proses, dan struktur alam semesta.
• Dalam bahasa Arab, “kawn” merujuk kepada ciptaan
teratur berlandaskan ilmu dan hikmah seperti
makna yang tersirat dalam firman Allah Taala “kun fa
yakuun” = “jadilah, maka jadilah ia,” sementara
“fasad” merujuk kepada kehancuran yang berlaku
kepada ciptaan yang telah tersusun atur.
• Dalam tradisi falsafah Islam, alam semesta ini,
khasnya alam tabii, dianggap sebagai “alam al-kawn
wa al-fasad” = alam keteraturan dan kehancuran,
kerana setiap yang hidup akan mati dan hancur
jasadnya.
• Namun begitu, hanya Pencipta yang berhak
menghidupkan dan mematikan maka insan
diperintah agar tidak sebarkan kehancuran / fasad di
muka bumi. 12
13

Hubungan Insan dengan Alam

• Maka jelas hubungan rapat antara pengertian ekologi dan ekonomi yang
kedua-duanya turut melibatkan tindak-tanduk insan terhadap alam
sekitar yang termasuk dalam alam semesta.
• Dari segi martabat atau darjat kepentingan ketiga-tiga bidang ini,
> Kosmologi atau pemahaman alam semesta sebagai teras kepada pemahaman
ekologi atau pemahaman alam sekitar
> Pemahaman alam sekitar pula teras kepada ilmu ekonomi,
> Ekonomi bukan hanya libatkan wang ringgit tetapi juga penggunaan sumber alam
demi menjanakan kekayaan kebendaan.
• Jika dilakar 3 lingkaran sepusat (three concentric circles) maka kosmologi
terletak di lingkaran pusat, ekologi di lingkaran tengah dan ekonomi di
lingkaran luar.

Mohammad Mahyuddin Khalid


14 Hubungan Insan dengan Alam

Kosmologi

Ekologi

Ekonomi
15 Sistem Metafizik

Insan-
Alam -
Tuhan

Sistem
Metafizik

Metafizik
16

Aliran Kajian Metafizik

Aliran Kajian Metafizik

Aliran kuantitatif Aliran kualitatif

aliran yang menjawab aliran yang menjawab


pertanyaan apakah pertanyaan apakah
kenyataan itu tunggal kenyataan (realiti) tersebut
(single) atau jamak (plural). memiliki kualiti tertentu.

Mohammad Mahyuddin Khalid


17

Aliran Kajian Metafizik

Secara ringkas, ontologi boleh dirumuskan


sebagai ilmu yang mempelajari realiti atau Aliran Kajian Metafizik
kenyataan konkrit secara kritis.

Kuantitatif Kualitatif
(jumlah) (sifat)

Dalam mempelajari ontologi muncul


beberapa pertanyaan yang kemudian Monisme Dualisme Pluralisme Materialisme Idealisme
melahirkan aliran-aliran dalam falsafah.

Mohammad Mahyuddin Khalid


18

Teori Materialisme

• Materialisme menurut kamus Oxford Advanced Learner’s bermaksud teori-teori atau


kepercayaan bahawa material sahaja yang wujud.
• Manakala menurut Encyllopedia Britanica mendefinisikan materialisme sebagai
pandangan bahawa semua fakta atau hakikat termasuk hakikat yang berkaitan
dengan pemikiran manusia, kecenderungan dan sebab akibat sejarah manusia adalah
semuanya bergantung kepada proses fizikal atau benda.
• Idea tidak mempunyai realiti yang tersendiri dan bergantung pada sesuatu yang
bersifat jasad.
> Idea datang dari otak, masih ada kaitan dengan jasad (otak).
• Menafikan hal-hal kerohanian/tidak nampak.
> Contoh: oksigen dan angin sesuatu yang dapat dikesan dengan pancaindera kerana ada kesan.
• Implikasi materialisme:
> kehancuran sistem masyarakat, moral dan kepercayaan agama.
> membawa manusia semakin jauh dari agama dan Tuhan dan menolak metafizik
> hanya bergantung kepada kuasa benda semata-mata dalam semua perkara.

Mohammad Mahyuddin Khalid


19

Teori Idealisme / Non-Materialisme

• Teori idealisme diambil dari bahasa Yunani idea iaitu sesuatu yang hadir dalam
jiwa.
• Aliran ini menganggap bahawa di sebalik realiti fizikal, terdapat sesuatu yang
tidak dapat dilihat.
• Ciri-ciri aliran idealisme:
> Falsafah idealisme menetapkan bahawa asas kewujudan sesuatu itu adalah dalam bentuk
rohani (pemikiran).
> Bukan dalam bentuk fizikal atau material.
> Kerohanian unsur terpenting dalam kehidupan
> Walaupun sesuatu benda itu didapati wujud secara fizikal tetapi kewujudannya adalah
tidak muktamad secara nyata.
> Realiti bukan bersifat material, tapi bersifat mental atau bersifat idea/kerohanian.
• Aliran ini membuka ruang kepada kepercayaan rohani, contoh roh.

Mohammad Mahyuddin Khalid


20

Metafizik Keagamaan

• Agama realitinya bukan terbatas pada material dan idea, merangkumi kedua-
dua.
• Agama menolak fahaman materialisme semata-mata.
• Metafizik keagamaan dibincangkan dalam natural theology dan falsafah
ketuhanan.
> Membincangkan adakah Tuhan wujud?
• Melibatkan 2 hubungan insan:
> Hubungan vertikal insan
> Hubungan horizontal insan
• Kedua bentuk hubungan ini dihuraikan secara langsung melalui interaksi,
hubungan dalam pergaulan, dan pelaksanaan hak yang diungkapkan melalui
aturan tertentu.

Mohammad Mahyuddin Khalid


21

Metafizik Keagamaan

Teisme

Vertikal Ateisme

Agnostisisme
Metafizik
Keagamaan
Mekanisme

Determinisme/
Horizontal
Indeterminisme

Realisme

Mohammad Mahyuddin Khalid


22

Hubungan Vertikal Insan

Hubungan vertikal (menegak) melibatkan hubungan manusia dengan pencipta (al-khaliq) iaitu Allah,
iaitu melibatkan tanggungjawab manusia sebagai hamba Allah.

Hubungan vertikal mampu membentuk dan membina keperibadian insan agar mampu melahirkan
akhlaq al-karimah (akhlak mulia) yang diperlukan untuk membina hubungan horizontal.

Terdapat 3 aliran falsafah yang melibatkan hubungan vertikal manusia dan tuhan

Teisme Ateisme Agnostisisme


Mohammad Mahyuddin Khalid
23

Hubungan Vertikal Insan

Teisme

• Berasal dari perkataan Yunani theos atau theoi yang bermaksud tuhan.
• Aliran ini mempercayai bahawa Tuhan merupakan Pencipta dan
Pengurus alam ini.
• Tuhan adalah sebab bagi yang ada di alam ini dan segalanya
berdasarkan kepada sebab ini.
• Terbahagi kepada beberapa aliran:
• Monoteisme – kepercayaan hanya ada satu tuhan yang wujud/
tuhan itu esa.
• Politeisme – kepercayaan tuhan wujud lebih dari satu.

Mohammad Mahyuddin Khalid


24

Hubungan Vertikal Insan

Ateisme

• Berasal dari perkataan Yunani atheos yang bermaksud tanpa tuhan


• Aliran ini tidak percaya atau kurang kepercayaan tentang kewujudan Tuhan atau tuhan-
tuhan.

Agnostisisme

• Agnostik berasal daripada dua perkataan Greek iaitu a dan gnastos.


• “a” bermaksud tidak dan “gnastos” bermaksud tahu.
• Maka, “agnostik” bermaksud tidak tahu.
• Fahaman ini berpandangan bahawa manusia tidak boleh mengetahui adanya tuhan atau pun
tidak atau fahaman manusia terhad terhadap tuhan.
• Beza dengan ateisme – ateisme nafi tuhan, agnostisisme tidak mampu memahami tuhan.

Mohammad Mahyuddin Khalid


25

Hubungan Horizontal Insan

Menurut Hamka, insan ialah alam yang kecil, alam ialah insan yang
besar.

Hubungan horizontal manusia terbahagi kepada 2 iaitu:

hubungan manusia dengan hubungan manusia dengan


alam manusia

Terdapat beberapa aliran falsafah yang melibatkan hubungan


horizontal insan:

Mekanisme Determinisme Realisme

Mohammad Mahyuddin Khalid


26

Hubungan Horizontal Insan

Mekanisme

• Aliran yang berkeyakinan bahawa kejadian di dunia berlaku dengan sendirinya mengikut hukum sebab akibat.
• Proses mental untuk menerangkan fenomena ialah seragam dari sudut kelakuannya.

Determinisme

• Determinisme : aliran yang mengajarkan bahawa kemahuan manusia tidak bebas dalam mengambil keputusan yang
penting, tetapi sudah terpasti terlebih dahulu.
• Indeterminisme : aliran yang berpendirian bahawa kemahuan manusia itu bebas dalam erti yang seluas-luasnya.
• Determinisme terbahagi kepada dua:
• Intrinsik: setiap kejadian berlaku disebabkan diri sendiri.
• Ekstrinsik: setiap kejadian berlaku disebabkan oleh faktor luaran/di luar kawalan manusia.

Realisme

• Aliran yang berpendirian bahawa pengetahuan manusia adalah gambaran yang baik dan tepat daripada kebenaran,
dalam pengetahuan yang baik akan tergambar kebenaran yang sebenarnya.
• Contoh: Darwinisme – alam wujud secara sendiri.

Mohammad Mahyuddin Khalid


27
28

Metafizik Untuk Kemajuan Ilmu

Metafizik di aplikasi dengan meluas dalam


perkembangan sains, teknologi dan inovasi
yang melibatkan beberapa aliran falsafah

Operasisme/
Saintisme Positivisme Konvensionalisme
Operationalisme

Mohammad Mahyuddin Khalid


• Lanjutan dari aliran empirisme, turut dikenali sebagai neo-
emperisme.
• Empirisme ialah aliran yang mengatakan pengetahuan
manusia berasal dari pengalaman pancaindera atau deria.
Saintisme • Manakala saintisme adalah ideologi materialistik yang
menyamakan seluruh realiti dengan material.
• Aliran ini menolak segala sesuatu yang tidak memiliki data
serta fakta empirik seperti aliran teologi dan metafizik.
• Saintisme meletakkan martabat sains begitu tinggi sehingga
menjadikan sains sebagai satu-satunya sumber kebenaran
yang mutlak.
• Saintisme ini menyebabkan golongan ini menolak sumber-
sumber ilmu lain yang dilabelkan sebagai tidak saintifik dan
29 tidak rasional.
• Mereka menolak ilmu wahyu sebagai sumber kebenaran.
Positivisme • Positivisme merupakan satu sistem falsafah yang
didasarkan kepada fakta-fakta yang nyata dan juga
berdasarkan hukum-hukum sains.
• Ciri-ciri positivisme: sains merupakan satu-
satunya pengetahuan yang sah, manakala fakta
adalah paling sesuai untuk menerangkan tujuan
pengetahuan.

30
• Konvensyenalisme ialah sebarang doktrin yang
dijangkakan benar melalui konvensyen/
Konvensyenalisme persidangan linguistik mengikut kebenaran
pengetahuan a priori.
• Hukum dan hipotesis atau postulat yang diterima
bergantung pada konvensyen.
• Dengan mengadakan konvensyen inilah mereka
cuba menentukan bahawa teori atau hukum sains
yang baharu itu benar, walaupun dengan hanya
melalui ‘konvensyen’.
31
• Operasisme merupakan program yang bertujuan
untuk menghubungkan semua konsep saintifik
Operasisme/ kepada kaedah-kaedah uji kaji.
Operasionalisme • Ia juga bertujuan untuk mengeluarkan sebutan
yang tidak berunsurkan operasisme daripada
sains kerana sebutan begini dikatakan tidak
bermakna atau remeh.
• Untuk mentakrifkan sesuatu konsep sains, ia
mestilah dinyatakan dengan jelas bagaimana uji
kaji itu dilakukan disertai dengan syarat-syarat
32 yang berkenaan.
33

Ringkasan

Definisi Metafizik

Di dalam Bidang Perbincangan Metafizik

tajuk ini, kita


Hubungan Insan Dengan Alam

Teori Hubungan Insan dan Alam


sudah Teori Hubungan Insan dan Tuhan

mempelajari Sistem-Sistem Metafizik

tentang: Perkembangan Ilmu Metafizik

Persoalan Metafizik

Mohammad Mahyuddin Khalid


34

Sekian, Terima Kasih


Metafizik

emkay@uitm.edu.my

You might also like