You are on page 1of 46

KSSM MATEMATIK TINGKATAN 5

Standard Kandungan,
Standard Pembelajaran
dan Standard Prestasi
Tingkatan 5

63
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 5

78
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 5

BIDANG PEMBELAJARAN
PERKAITAN DAN ALGEBRA

TAJUK
1.0 UBAHAN

79
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 5

1.0 UBAHAN

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN

1.1 Ubahan Langsung Murid boleh: Nota:


1.1.1 Menerangkan maksud ubahan langsung. Situasi kehidupan sebenar perlu dilibatkan
bagi keseluruhan tajuk ini.
Penerokaan yang melibatkan jadual dan graf
perlu dijalankan bagi keseluruhan tajuk ini.

1.1.2 Menentukan hubungan antara dua pemboleh Kaitkan pemalar ubahan dengan konsep
ubah bagi suatu ubahan langsung. kadaran dan kecerunan garis lurus.
Kes berikut perlu dilibatkan:

y xn,

Perkaitan antara pemalar ubahan dengan


konsep kadaran dan kecerunan garis lurus
perlu dibincangkan.

1.1.3 Menentukan hubungan antara tiga atau lebih Ubahan tercantum ialah ubahan langsung di
pemboleh ubah bagi suatu ubahan tercantum. mana satu pemboleh ubah berubah sebagai
hasil darab dua atau lebih pemboleh ubah
yang lain.
1.1.4 Menyelesaikan masalah yang melibatkan
ubahan langsung.

80
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 5

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN

1.2 Ubahan Songsang Murid boleh:


1.2.1 Menerangkan maksud ubahan songsang.

1.2.2 Menentukan hubungan antara dua pemboleh Nota:


ubah bagi suatu ubahan songsang.
Kes berikut perlu dilibatkan:

Perkaitan antara pemalar ubahan dengan


konsep kadaran dan kecerunan garis lurus
perlu dibincangkan.
1.2.3 Menyelesaikan masalah yang melibatkan
ubahan songsang.

1.3 Ubahan Bergabung Murid boleh: Nota:


1.3.1 Menentukan hubungan antara tiga atau lebih Ubahan bergabung melibatkan gabungan
pemboleh ubah bagi suatu ubahan bergabung. ubahan langsung atau ubahan tercantum, dan
ubahan songsang.
1.3.2 Menyelesaikan masalah yang melibatkan
ubahan bergabung.

81
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 5

STANDARD PRESTASI

TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN

1 Mempamerkan pengetahuan asas tentang ubahan.

2 Mempamerkan kefahaman tentang ubahan.

3 Mengaplikasikan kefahaman tentang ubahan untuk melaksanakan tugasan mudah.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai tentang ubahan dalam konteks penyelesaian
4
masalah rutin yang mudah.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai tentang ubahan dalam konteks penyelesaian
5
masalah rutin yang kompleks.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai tentang ubahan dalam konteks penyelesaian
6
masalah bukan rutin secara kreatif.

82
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 5

BIDANG PEMBELAJARAN
PERKAITAN DAN ALGEBRA

TAJUK
2.0 MATRIKS

83
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 5

2.0 MATRIKS

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN

2.1 Matriks Murid boleh: Nota:


2.1.1 Mewakilkan maklumat situasi sebenar dalam Situasi kehidupan sebenar perlu dilibatkan
bentuk matriks. bagi keseluruhan tajuk ini.

2.1.2 Menentukan peringkat matriks dan seterusnya Tegaskan bahawa sesuatu matriks dengan m
mengenal pasti unsur tertentu dalam suatu baris dan n m
matriks. dengan n

A=

Tatatanda unsur perlu diberi penekanan.


Penentuan nilai unsur dua matriks yang
sama perlu dilibatkan.

2.1.3 Menentukan sama ada dua matriks adalah sama.

84
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 5

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN

2.2 Operasi Asas Matriks Murid boleh: Nota:


2.2.1 Menambah dan menolak matriks. Aktiviti penerokaan yang melibatkan hukum
berikut perlu dijalankan:
(i) Kalis tukar tertib
(ii) Kalis agihan
(iii) Kalis sekutuan.
Penentuan nilai yang tidak diketahui perlu
dilibatkan.
Syarat penambahan dan penolakan matriks
perlu dibincangkan.

Sifat matriks sifar dalam penambahan dan


penolakan perlu dibincangkan.

2.2.2 Mendarab matriks dengan suatu nombor. Pendaraban matriks dengan suatu nombor
dikenali sebagai pendaraban skalar.
Pendaraban matriks dengan suatu nombor
perlu dikaitkan dengan penambahan
berulang:
nA = A + A + A + ... + A

n kali

2.2.3 Mendarab dua matriks. Syarat pendaraban dua matriks perlu


dibincangkan.

85
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 5

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN

2.2.4 Menerangkan ciri-ciri matriks identiti. Aktiviti penerokaan yang melibatkan


pendaraban pelbagai matriks termasuk
matriks identiti perlu dijalankan.
Simbol I sebagai matriks identiti perlu
diperkenalkan.

2.2.5 Menerangkan maksud matriks songsang dan Aktiviti penerokaan yang melibatkan
seterusnya menentukan matriks songsang AA-1 = A-1A = I perlu dijalankan.
bagi suatu matriks 2 × 2.
Simbol A-1 dan istilah penentu perlu
diperkenalkan.
Syarat kewujudan matriks songsang perlu
dibincangkan.
Cadangan aktiviti:
Penerbitan rumus menentukan matriks
songsang boleh dilibatkan.

2.2.6 Menggunakan kaedah matriks untuk Hadkan kepada matriks 2 × 2.


menyelesaikan persamaan linear serentak.

2.2.7 Menyelesaikan masalah yang melibatkan Mewakilkan situasi kepada bentuk operasi
matriks. asas matriks dan sebaliknya perlu dilibatkan.

86
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 5

STANDARD PRESTASI

TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN

1 Mempamerkan pengetahuan asas tentang matriks.

2 Mempamerkan kefahaman tentang matriks.

3 Mengaplikasikan kefahaman tentang matriks untuk melaksanakan tugasan mudah.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai tentang matriks dalam konteks penyelesaian
4
masalah rutin yang mudah.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai tentang matriks dalam konteks penyelesaian
5
masalah rutin yang kompleks.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai tentang matriks dalam konteks penyelesaian
6
masalah bukan rutin secara kreatif.

87
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 5

88
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 5

BIDANG PEMBELAJARAN
NOMBOR DAN OPERASI

TAJUK
3.0 MATEMATIK PENGGUNA: INSURANS

89
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 5

3.0 MATEMATIK PENGGUNA: INSURANS

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN

3.1 Risiko dan perlindungan Murid boleh: Nota:


insurans.
3.1.1 Menjelaskan maksud risiko dan kepentingan Risiko ialah kemungkinan berlakunya musibah
perlindungan insurans, dan seterusnya mengenal yang tidak dapat dielak.
pasti jenis insurans hayat dan insurans am bagi
melindungi pelbagai jenis risiko. Insurans bertujuan memindahkan risiko
daripada individu kepada organisasi insurans.
Kepentingan insurans adalah untuk
mengurangkan beban kewangan apabila
berlakunya kerugian atau kemalangan.
Insurans tidak boleh dijadikan alat untuk
mendapatkan keuntungan perlu dibincangkan.

3.1.2 Mengkaji, mentafsir dan membuat pengiraan yang Berdasarkan Jadual Kadar Premium untuk
melibatkan kadar dan premium insurans. setiap RM1 dan Jadual Kadar Risiko seperti
kesihatan, perjalanan, kemalangan, rompakan
dan contoh risiko lain yang sesuai.

3.1.3 Menyelesaikan masalah yang melibatkan Ko-insurans juga dikenali sebagai insurans
insurans termasuk deduktibel dan ko- insurans. bersama.
Menganalisis pelbagai polisi insurans, dan
seterusnya membuat keputusan yang bijak dan
memberi justifikasi perlu dilibatkan.

90
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 5

STANDARD PRESTASI

TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN

1 Mempamerkan pengetahuan asas tentang insurans.

2 Mempamerkan kefahaman tentang insurans.

3 Mengaplikasikan kefahaman tentang insurans untuk melaksanakan tugasan mudah.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai tentang insurans dalam konteks penyelesaian
4
masalah rutin yang mudah.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai tentang insurans dalam konteks penyelesaian
5
masalah rutin yang kompleks.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai tentang insurans dalam konteks penyelesaian
6
masalah bukan rutin secara kreatif.

91
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 5

92
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 5

BIDANG PEMBELAJARAN
NOMBOR DAN OPERASI

TAJUK
4.0 MATEMATIK PENGGUNA: PERCUKAIAN

93
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 5

4.0 MATEMATIK PENGGUNA: PERCUKAIAN

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN

4.1 Percukaian Murid boleh: Nota:


4.1.1 Menghuraikan tujuan percukaian. Aktiviti penerokaan perlu dilibatkan bagi tajuk
ini.
Perbincangan mengenai pembayaran cukai
dari aspek moral dan etika perlu dijalankan.

4.1.2 Menghuraikan pelbagai cukai dan seterusnya Cukai yang perlu dilibatkan:
kesan pengelakan cukai tersebut dari aspek
(i) Cukai pendapatan
perundangan dan kewangan.
(ii) Cukai jalan
(iii) Cukai pintu
(iv) Cukai tanah
(v) Cukai jualan dan perkhidmatan

4.1.3 Mengkaji, mentafsir dan membuat pengiraan Potongan cukai bulanan, pelepasan cukai,
yang melibatkan pelbagai cukai. taksiran cukai secara berasingan dan cukai
bersama bagi cukai pendapatan perlu
dilibatkan.
Perbezaan antara pelepasan cukai dan rebat
perlu dibincangkan.
4.1.4 Menyelesaikan masalah yang melibatkan
percukaian.

94
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 5

STANDARD PRESTASI

TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN

1 Mempamerkan pengetahuan asas tentang percukaian.

2 Mempamerkan kefahaman tentang percukaian.

3 Mengaplikasikan kefahaman tentang percukaian untuk melaksanakan tugasan mudah.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai tentang percukaian dalam konteks
4
penyelesaian masalah rutin yang mudah.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai tentang percukaian dalam konteks
5
penyelesaian masalah rutin yang kompleks.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai tentang percukaian dalam konteks
6
penyelesaian masalah bukan rutin secara kreatif.

95
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 5

96
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 5

BIDANG PEMBELAJARAN
SUKATAN DAN GEOMETRI

TAJUK
5.0 KEKONGRUENAN, PEMBESARAN DAN GABUNGAN TRANSFORMASI

97
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 5

5.0 KEKONGRUENAN, PEMBESARAN DAN GABUNGAN TRANSFORMASI

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN

5.1 Kekongruenan Murid boleh: Cadangan aktiviti:


5.1.1 Membezakan antara bentuk kongruen dan bukan Penggunaan perisian geometri dinamik
kongruen berdasarkan sisi dan sudut. digalakkan bagi keseluruhan tajuk ini.
Nota:
Aktiviti penerokaan perlu dijalankan bagi
keseluruhan tajuk ini.

5.1.2 Membuat dan menentusahkan konjektur terhadap Aktiviti penerokaan yang melibatkan perkara
kekongruenan segi tiga berdasarkan sisi dan berikut perlu dijalankan:
sudut.
(i) Sisi-Sisi-Sisi (Side-Side-Side - SSS)
(ii) Sisi-Sudut-Sisi (Side-Angle-Side - SAS)
(iii) Sudut-Sisi-Sudut (Angle-Side-Angle -
ASA)
(iv) Sudut-Sudut-Sisi (Angle-Angle-Side -
AAS)
(v) Sudut-Sudut-Sudut (Angle-Angle-Angle -
AAA)
(vi) Sisi-Sisi-Sudut (Side-Side-Angle - SSA)

5.1.3 Menyelesaikan masalah yang melibatkan


kekongruenan.

98
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 5

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN

5.2 Pembesaran Murid boleh:


5.2.1 Menjelaskan maksud keserupaan objek geometri.

5.2.2 Membuat perkaitan antara keserupaan dengan Nota:


pembesaran dan seterusnya memerihalkan
Perihalan pembesaran yang lengkap perlu
pembesaran menggunakan pelbagai perwakilan.
melibatkan faktor skala dan pusat
pembesaran.
Bincangkan kes apabila:
(i) Faktor skala ialah pecahan
(ii) Faktor skala < 0
5.2.3 Menentukan imej dan objek bagi suatu
pembesaran.

5.2.4 Membuat dan mengesahkan konjektur tentang


hubungan antara luas imej dan luas objek bagi
suatu pembesaran.

5.2.5 Menyelesaikan masalah yang melibatkan


pembesaran.

5.3 Gabungan Transformasi Murid boleh: Nota:


5.3.1 Menentukan imej dan objek bagi suatu gabungan Transformasi berikut perlu dilibatkan:
transformasi.
(i) Translasi
(ii) Pantulan
(iii) Putaran
(iv) Pembesaran

99
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 5

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN

5.3.2 Membuat dan menentusahkan konjektur tentang Pemerihalan suatu transformasi tunggal yang
sifat kalis tukar tertib terhadap gabungan setara dengan gabungan transformasi perlu
transformasi. dilibatkan.

5.3.3 Memerihalkan gabungan transformasi.

5.3.4 Menyelesaikan masalah yang melibatkan


gabungan transformasi.

5.4 Teselasi Murid boleh: Nota:


5.4.1 Menjelaskan maksud teselasi. Contoh teselasi dalam kehidupan sebenar
perlu dilibatkan.
Teselasi ialah pola bagi bentuk berulang yang
memenuhi suatu satah tanpa ruang kosong
atau pertindihan.

5.4.2 Mereka bentuk teselasi yang melibatkan Langkah-langkah penghasilan teselasi perlu
transformasi isometri. ditunjukkan.
Penggunaan bahan konkrit dan perisian
geometri dinamik perlu dilibatkan.
Teselasi jenis Escher perlu dilibatkan.
Cadangan aktiviti:
Kerja projek yang melibatkan teselasi jenis
Escher.

100
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 5

STANDARD PRESTASI

TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN

1 Mempamerkan pengetahuan asas tentang kekongruenan, pembesaran dan gabungan transformasi.

2 Mempamerkan kefahaman tentang kekongruenan, pembesaran dan gabungan transformasi.

Mengaplikasikan kefahaman tentang kekongruenan, pembesaran dan gabungan transformasi untuk


3
melaksanakan tugasan mudah.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai tentang kekongruenan, pembesaran dan
4
gabungan transformasi dalam konteks penyelesaian masalah rutin yang mudah.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai tentang kekongruenan, pembesaran dan
5
gabungan transformasi dalam konteks penyelesaian masalah rutin yang kompleks.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai tentang kekongruenan, pembesaran dan
6
gabungan transformasi dalam konteks penyelesaian masalah bukan rutin secara kreatif.

101
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 5

102
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 5

BIDANG PEMBELAJARAN
SUKATAN DAN GEOMETRI

TAJUK
6.0 NISBAH DAN GRAF FUNGSI TRIGONOMETRI

103
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 5

6.0 NISBAH DAN GRAF FUNGSI TRIGONOMETRI

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN

6.1 Nilai sinus, kosinus dan Murid boleh: Nota:


tangen bagi sudut , 6.1.1 Membuat dan menentusahkan konjektur tentang Penggunaan perisian geometri dinamik perlu
0 . nilai sinus, kosinus dan tangen sudut dalam dilibatkan untuk tajuk ini.
sukuan II, III dan IV dengan sudut rujukan Penerokaan yang melibatkan bulatan unit perlu
sepadan. dilibatkan.
Nilai sinus, kosinus dan tangen bagi sudut 0º,
90º, 180º, 270º dan 360º perlu dibincangkan.

6.1.2 Menentukan nilai sinus, kosinus dan tangen bagi Penentuan nilai sinus, kosinus dan tangen bagi
sudut dalam sukuan II, III dan IV berdasarkan sudut dalam sukuan II, III dan IV yang sepadan
sudut rujukan sepadan. dengan sudut 30º, 45º dan 60º tanpa
menggunakan kalkulator perlu dilibatkan.
6.1.3 Menentukan sudut apabila nilai sinus, kosinus
dan tangen sudut tersebut diberi.
6.1.4 Menyelesaikan masalah yang melibatkan sinus,
kosinus dan tangen.

6.2 Graf fungsi sinus, kosinus Murid boleh: Nota:


dan tangen.
6.2.1 Melukis graf fungsi trigonometri, , Ciri-ciri berikut perlu dibincangkan:
dan bagi 0 x 360 dan
(i) Nilai maksimum dan nilai minimum
membandingbezakan ciri-ciri graf fungsi
(ii) Bentuk graf
tersebut.
(iii) Pintasan-x dan pintasan-y

104
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 5

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN

6.2.2 Mengkaji dan membuat generalisasi tentang


kesan perubahan pemalar a, b dan c bagi graf
fungsi trigonometri:
(i) y = a sin bx + c
(ii) y = a kos bx + c
(iii) y = a tan bx + c
bagi a > 0, b > 0.

6.2.3 Menyelesaikan masalah yang melibatkan graf


fungsi sinus, kosinus dan tangen.

105
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 5

STANDARD PRESTASI

TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN

1 Mempamerkan pengetahuan asas tentang nisbah dan graf fungsi trigonometri.

2 Mempamerkan kefahaman tentang nisbah dan graf fungsi trigonometri.

Mengaplikasikan kefahaman tentang nisbah dan graf fungsi trigonometri untuk melaksanakan tugasan
3
mudah.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai tentang nisbah dan graf fungsi trigonometri
4
dalam konteks penyelesaian masalah rutin yang mudah.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai tentang nisbah dan graf fungsi trigonometri
5
dalam konteks penyelesaian masalah rutin yang kompleks.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai tentang nisbah dan graf fungsi trigonometri
6
dalam konteks penyelesaian masalah bukan rutin secara kreatif.

106
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 5

BIDANG PEMBELAJARAN
STATISTIK DAN KEBARANGKALIAN

TAJUK
7.0 SUKATAN SERAKAN DATA TERKUMPUL

107
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 5

7.0 SUKATAN SERAKAN DATA TERKUMPUL

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN

7.1 Serakan Murid boleh: Nota:


7.1.1 Membina histogram dan poligon kekerapan bagi Gunakan pendekatan inkuiri statistik untuk tajuk
suatu set data terkumpul. ini.
Teknologi digital perlu digunakan dalam tajuk
ini.
Histogram dan histogram longgokan yang
dibina hanya melibatkan selang kelas yang
sama.
Histogram dan poligon kekerapan boleh dibina
hanya menggunakan data selanjar perlu diberi
penekanan.
Selang kelas, had bawah, had atas, titik tengah,
sempadan bawah, sempadan atas, saiz selang
kelas dan kekerapan longgokan perlu
dibincangkan.

7.1.2 Membanding dan mentafsir serakan dua atau Pelbagai bentuk taburan data perlu
lebih set data terkumpul berdasarkan histogram dibincangkan.
dan poligon kekerapan dan seterusnya
membuat kesimpulan.

7.1.3 Membina ogif bagi suatu set data terkumpul dan Pembinaan ogif perlu dikaitkan dengan
seterusnya menentukan kuartil. pembinaan histogram longgokan.
Persentil perlu dilibatkan.

108
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 5

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN

7.2 Sukatan Serakan Murid boleh: Nota:


7.2.1 Menentukan julat, julat antara kuartil, varians Julat antara kuartil bagi data terkumpul hanya
dan sisihan piawai sebagai sukatan untuk ditentukan daripada ogif.
menghuraikan serakan bagi data terkumpul.
Pengiraan varians dan sisihan piawai hanya
menggunakan rumus.
Rumus varians dan sisihan piawai:
Varians, ,di mana adalah titik
tengah bagi selang kelas.

Sisihan piawai, .

7.2.2 Membina dan mentafsir plot kotak bagi suatu set Ogif dan plot kotak perlu dihubungkaitkan.
data terkumpul.

7.2.3 Membanding dan mentafsir dua atau lebih set


data terkumpul, berdasarkan sukatan serakan
yang sesuai dan seterusnya membuat
kesimpulan.

7.2.4 Menyelesaikan masalah yang melibatkan


sukatan serakan bagi data terkumpul.

109
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 5

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN

7.2.5 Mereka bentuk dan melaksanakan suatu projek Laporan projek mini perlu melibatkan:
mini yang melibatkan penyiasatan statistik (i) Soalan statistik
berdasarkan sukatan kecenderungan memusat (ii) Kaedah pengumpulan data
dan sukatan serakan serta mentafsir dan (iii) Kaedah mengorganisasi data
mengkomunikasikan dapatan kajian. (iv) Perwakilan secara grafik
(v) Analisis data
(vi) Huraian dan rumusan yang berkaitan.

Murid perlu memberi justifikasi untuk langkah-


langkah dalam pelaksanaan projek.
Cadangan aktiviti:
Projek mini boleh dimulakan pada awal tajuk
atau dijalankan di luar waktu PdP,
menggunakan pendekatan pembelajaran
berasaskan masalah.

110
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 5

STANDARD PRESTASI

TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN

1 Mempamerkan pengetahuan asas tentang serakan dan sukatan serakan data terkumpul.

2 Mempamerkan kefahaman tentang serakan dan sukatan serakan data terkumpul.

Mengaplikasikan kefahaman tentang serakan dan sukatan serakan data terkumpul untuk melaksanakan
3
tugasan mudah.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai tentang sukatan serakan data terkumpul dalam
4
konteks penyelesaian masalah rutin yang mudah.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai tentang sukatan serakan data terkumpul dalam
5
konteks penyelesaian masalah rutin yang kompleks.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai tentang sukatan serakan data terkumpul dalam
6
konteks penyelesaian masalah bukan rutin secara kreatif.

111
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 5

112
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 5

BIDANG PEMBELAJARAN
PERKAITAN DAN ALGEBRA

TAJUK
8.0 PEMODELAN MATEMATIK

113
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 5

8.0 PEMODELAN MATEMATIK

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN

8.1 Pemodelan Matematik Murid boleh: Nota:


8.1.1 Menerangkan pemodelan matematik. Aktiviti penerokaan perlu dijalankan.
Penerangan perlu melibatkan proses:
(i) Mengenal pasti dan mendefinisikan
masalah.
(ii) Membuat andaian dan mengenal pasti
pemboleh ubah.
(iii) Mengaplikasi matematik untuk
menyelesaikan masalah.
(iv) Menentusahkan dan mentafsir
penyelesaian dalam konteks masalah
berkenaan.
(v) Memurnikan model matematik.
(vi) Melaporkan dapatan.

8.1.2 Menyelesaikan masalah kehidupan sebenar Komunikasi boleh melibatkan secara laporan
melalui pemodelan matematik yang bertulis dan pembentangan.
melibatkan fungsi:
(i) Linear
(ii) Kuadratik
(iii) Eksponen
dan mengkomunikasikan proses pemodelan
matematik yang dilaksanakan.

114
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 5

STANDARD PRESTASI

TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN

1 Mempamerkan pengetahuan asas tentang pemodelan matematik.

2 Mempamerkan kefahaman tentang pemodelan matematik.

3 Mengaplikasikan kefahaman tentang pemodelan matematik untuk melaksanakan tugasan mudah.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran tentang pemodelan matematik dalam konteks


4
penyelesaian masalah kehidupan sebenar yang melibatkan fungsi linear.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran tentang pemodelan matematik dalam konteks


5
penyelesaian masalah kehidupan sebenar yang melibatkan fungsi kuadratik dan eksponen.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran tentang pemodelan matematik dalam konteks


6
penyelesaian masalah kehidupan sebenar yang melibatkan fungsi kuadratik dan eksponen secara kreatif.

115
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 5

116
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4 DAN 5

PANEL PENGGUBAL

1. Dr. Rusilawati binti Othman Bahagian Pembangunan Kurikulum

2. Rosita binti Mat Zain Bahagian Pembangunan Kurikulum

3. Alyenda binti Ab. Aziz Bahagian Pembangunan Kurikulum

4. Noraida binti Md. Idrus Bahagian Pembangunan Kurikulum

5. Wong Sui Yong Bahagian Pembangunan Kurikulum

6. Susilawati binti Ehsan Bahagian Pembangunan Kurikulum

7. Dr. Suzieleez Syrene binti Abdul Rahim Universiti Malaya, Kuala Lumpur

8. Dr. Dalia Aralas Universiti Putra Malaysia, Selangor

9. Dr. Nazihah binti Ahmad Universiti Utara Malaysia, Kedah

10. Dr. Nazrina binti Aziz Universiti Utara Malaysia, Kedah

11. Dr. Lam Kah Kei IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Pahang

12. Gan Teck Hock IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan

13. Tay Bee Lian SMK Abu Bakar, Pahang

14. Bibi Kismete Kabul Khan SMK Jelapang Jaya, Perak

15. Nur Shazreen binti Shahrul Azhar SMK Putrajaya Presint 14(1), Putrajaya

16. Siti Adibah Asmawani binti Ismail SMK Bukit Jalil, Kuala Lumpur

17. Zaidi Norli bin Mohd Noar SMK Lokman Hakim, Johor

18. Azmi bin Abdul Hamid SMK Tun Habab, Johor

117
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4 DAN 5

19. Rohaizam bin Hussin SMK Hang Kasturi, Melaka

20. Gan Fei Ting SMK Seri Bintang Selatan, Kuala Lumpur

TURUT MENYUMBANG

1. Rugayyah binti Harun Bank Negara Malaysia

2. Sunita binti Sulaiman Bank Negara Malaysia

3. Dr. Syazreen Niza binti Shair UiTM Malaysia, Selangor

4. Khir Johari bin Mohd Ali IPG Kampus Pendidikan Teknik, Negeri Sembilan

5. T. Shanmugam a/l Thangavelu IPG Kampus Pendidikan Teknik, Negeri Sembilan

6. Zanariah binti Mahyun IPG Kampus Tun Hussein Onn, Johor

7. Abdul Rahman bin Hamzah SMK Meru, Selangor

8. Suhiliah binti Mohd Salleh SMK Tinggi Setapak, Kuala Lumpur

9. Suriani binti Sayuaakhi SBPI Gombak, Kuala Lumpur

10. Zefry Hanif bin Burham@Borhan SM Sains Banting, Selangor

11. Rohaiza binti Ramli SMA Majlis Agama Islam, Kuala Lumpur

12. Mohd Shahriman bin Mohd Anuar SBPI Gopeng, Perak

13. Norhanida binti Mansur SMK Taman Desa, Selangor

14. Shariha binti Ahmad Tareff SMK Bukit Pasir, Johor

15. Mohd Nizam bin Mad Tahir Raja, Negeri Sembilan

118
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4 DAN 5

16. Noor Aliza binti Noordin SMK Damansara I, Selangor

17. Noor Alydza binti Ramlan SMK Tasek Permai, Selangor

119
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4 DAN 5

PENGHARGAAN

Penasihat
Dr. Mohamed bin Abu Bakar - Timbalan Pengarah
Datin Dr. Ng Soo Boon - Timbalan Pengarah (STEM)

Penasihat Editorial
Mohamed Zaki bin Abd. Ghani - Ketua Sektor
Haji Naza Idris bin Saadon - Ketua Sektor
Mahyudin bin Ahmad - Ketua Sektor
Dr. Rusilawati binti Othman - Ketua Sektor
Mohd Faudzan bin Hamzah - Ketua Sektor
Fazlinah binti Said - Ketua Sektor
Mohamed Salim bin Taufix Rashidi - Ketua Sektor
Haji Sofian Azmi bin Tajul Arus - Ketua Sektor
Paizah binti Zakaria - Ketua Sektor
Hajah Norashikin binti Hashim - Ketua Sektor

120
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4 DAN 5

Penyelaras Teknikal Penerbitan dan Spesifikasi


Saripah Faridah binti Syed Khalid
Nur Fadia binti Mohamed Radzuan
Mohamad Zaiful bin Zainal Abidin

Pereka Grafik
Siti Zulikha binti Zelkepli

121

You might also like