You are on page 1of 4

Kupasan Cerpen:

Hadiah
(Tie Camar)

SINOPSIS
Mengisahkan sekumpulan murid yang sedang bercakap-cakap mengenai hadiah yang akan
diberikan kepada guru kesayangan mereka sewaktu sambutan Hari Guru yang akan tiba tidak
lama lagi. Setiap murid masing-masing menceritakan mengenai kehebatan hadiah yang akan
diberikan. Azizah seorang pelajar yang miskin tidak mampu untuk membelikan hadiah
kepada guru kesayangannya, Cikgu Zaleha. Azizah berasa risau dan sedih kerana dia tidak
mampu untuk membeli hadiah untuk gurunya.

Azizah cuba meminta duit daripada emaknya namun hampa kerana emaknya
menyatakan bahawa dia tidak mempunyai duit untuk diberikan kepada Azizah. Sekali lagi
Azizah cuba meminta duit tetapi kali ini dia cuba meminta duit daripada bapanya pula.
Namun, Azizah sekali lagi terpaksa menerima hakikat bahawa keluarganya tidak mampu
untuk memberikan duit kepadanya.

Akhirnya, Azizah berasa lega kerana emaknya telah mencadangkan agar Azizah
membuat tudung saji untuk dijadikan sebagai hadiah kepada Cikgu Zaleha. Setelah
mempelajari cara menganyam daripada emaknya, Azizah berusaha untuk menyiapkan tudung
saji yang cantik untuk diberikan kepada Cikgu Zaleha. Apabila Hari Guru tiba, Azizah terlalu
gembira untuk menyerahkan hadiah kepada cikgu kesayangannya. Setelah menyerahkan
hadiah kepada Cikgu Zaleha, Azizah dikejutkan dengan tawaran oleh Cikgu Zaleha
kepadanya mengenai satu pertandingan.

Setelah menerima tawaran tersebut, Azizah telah berusaha sedaya upayanya untuk
menghasilkan pelbagai rekaan yang berkualiti dan menarik. Azizah telah berjaya memenangi
Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah dan seterusnya ke peringkat negeri. Sehinggalah
dia ahkirnya telah berjaya menambat hati juri dan hakim di peringkat kebangsaan.
Hakikatnya usaha gigih dan kerajinan yang ditunjukkan Azizah adalah satu kejayaan terbesar
Cikgu Azizah.

TEMA
Kegigihan dan kecekalan seorang murid yang akhirnya memperoleh kejayaan.

Buktinya, kesungguhan Azizah setelah menerima tawaran Cikgu Zaleha untuk menyertai
Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah. Seterusnya, Azizah telah berjaya layak ke
peringkat negeri dan juga memperoleh kejayaan untuk meneruskan ke peringkat kebangsaan.

PERSOALAN
Persoalan menghargai jasa guru.
i. Persoalan ini dapat dilihat pada gelagat murid-murid yang begitu teruja untuk
memberikan hadiah kepada guru masing-masing sempan sambutan Hari Guru.

ii. Persoalan Kegigihan dan kerajinan seorang murid.


Persoalan ini dapat dilihat pada watak Azizah yang begitu gigih menghasilkan tudung saji
yang ingin dihadiahkan kepada guru kesayangannya. Selain itu, dia juga gigih dan rajin
menghasilkan bahan yang akan digunakan untuk Pertandingan Kraftangan.
PLOT
i. Permulaan
Sekumpulan murid sedang bercakap-cakap mengenai hadiah yang akan diberikan kepada
guru masing-masing sempena dengan sambutan Hari Guru.

ii. Perkembangan
Azizah cuba meminta duit daripada emak dan bapanya untuk memastikan dia dapat membeli
hadiah untuk gurunya. Namun, semuanya hampa kerana ibubapanya tidak mampu untuk
memberikan duit kepada Azizah akibat kehidupan mereka yang serba kekurangan. Akhirnya,
Azizah telah mendapat idea daripada emaknya untuk membuat tudung saji sebagai hadiah
kepada CIkgu Zaleha.

iii. Klimaks
Azizah menerima borang Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah daripada Cikgu Zaleha.

iv. Peleraian
Azizah telah menjadi johan untuk Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah dan naib johan
peringkat negeri. Seterusnya Azizah telah berjaya menambat hati juri dam hakim peringkat
kebangsaan manakala Cikgu Zaleha telah Guru Inovatif.

TEKNIK PENCERITAAN
i. Dialog
Contoh: "Kau nak hadiahkan apa, Aliza?" Tanya Hamidah.

ii. Monolog Dalaman


Contoh: Cukupkah dengan dua ringgit? Nak beli apa?Sapu tangan? Sehelai sapu tangan
harganya dua ringgit lapan puluh sen.

iii. Saspens
Contoh: "Azizah, cikgu nak hadiah yang lebih besar, boleh?" Wajah Cikgu Zaleha yang
begitu tulus dan penuh kesungguhan itu ditenung Azizah lama- lama. Ingin meneka apa
yang tersirat disebalik perkataan "besar" itu.

WATAK PERWATAKAN
Watak Utama
Azizah
i. Seorang murid yang miskin.
ii. Murid kesayangan Cikgu Zaleha.
iii. Seorang yang terlalu merendah diri.
Contoh: Cikgu Zaleha yakin sungguh kepada Azizah yang diiktiraf sebagai serba boleh, cuma
sifat rendah diri Azizah itu terlalu tebal.
iv. Seorang murid yang rajin
Contoh: Azizah juga dipuji kerana rajin belajar dan merupakan pelajar yang berdisiplin.

Watak Sampingan
Cikgu Zaleha
I. Cikgu kepada Azizah
II. Seorang guru yang berdedikasi
Emak
i emak Azizah
ii seorang yang cacat sebelah kaki
iii mengambil upah menganyam tikar mengkuang
Bapa
i bapa Azizah
ii berkerja sebagai penarik beca

LATAR
Latar Masa
i. Waktu pagi
Contoh: Azizah bertanya bapanya mengenai duit sewaktu mereka sedang bersarapan pagi.

ii Waktu petang
Contoh: Azizah sibuk menganyam tudung saji yang akan diberikan kepada Cikgu
Zaleha.

iii Hari Guru


Contoh: Cikgu Zaleha dikerumuni ramai peminat cilik yang beratur untuk
memberikan hadiah padanya.

Latar Tempat

i Kelas
Contoh: Di dalam kelas tempat Azizah dan kawan-kawanya sedang bercakap-cakap
mengenai hadiah yang akan diberikan kepada guru mereka.

ii Rumah Azizah
Contoh: Sewaktu Azizah meminta duit dengan emaknya untuk membelikan hadiah
kepada Cikgu Zaleha.

iii Bilik Guru


Contoh: Sewaktu Azizah bertanya pada Cikgu Zaleha mengenai hadiah yang
diinginkan oleh Cikgunya itu.

iv Tapak Perhimpunan
Contoh: Tempat majlis sambutan Hari Guru diadakan.

Latar Masyarakat
i Masyarakat Pelajar
ii Masyarakat yang miskin
iii Masyarakat Guru

GAYA BAHASA
i Sinkope
Contoh: "Tak payahlah Zizah, menyusahkan kamu saja."

NILAI
i Nilai Ketabahan

ii Nilai Kasih Sayang


Contoh: Azizah sayangkan Cikgu Zaleha kerana guru itu selalu memuji kepandaian
Azizah dalam kebanyakan mata pelajaran.
iii Nilai Kerajinan
Contoh: Azizah pulang tengahari itu dengan tekad dan semangat kuat untuk
membuktikan bahawa usaha gigih dapat membina dirinya.

PENGAJARAN
i Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup
ii Kita mestilah rajin dalam melakukan sesuatu kerja
iii Kita perlulah menanam sifat kasih sayang dengan guru

You might also like